PKR mula ‘perang kerusi’, kubu politik Anwar masih ‘kabur’
Iklan
Gelombang spekulasi perpindahan kerusi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini semakin kuat.
GELOMBANG spekulasi perpindahan kerusi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini semakin kuat.
Bermula dengan kebocoran analisis dalaman parti itu melibatkan pengelasan kerusi mengikut kategori tier, konflik itu kini berkembang menjadi persoalan lebih besar iaitu siapakah sebenarnya pemimpin kanan PKR yang benar-benar mempunyai kerusi selamat?