Pesta musim haji tak macam dulu
Iklan
Tidak ada lagi rombongan besar-besaran menghantar bakal haji. Kalau ada pun hanya keluarga terdekat. Gambar hiasan.
“AMBOI, macam nak hantar orang pergi Makkah!”
Sekarang ayat itu mungkin jarang kedengaran. Tetapi suatu masa dahulu ia antara dialog popular. Ayat itu lazimnya merujuk kumpulan orang yang hendak pergi ke sesuatu tempat dengan jumlah ramai.