Dewan TERAJU, KUSKOP bincang hala tuju usahawan

Iklan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin (empat, kiri) bersama barisan kepimpinan Dewan TERAJU selepas selesai sesi perbincangan.

JOHOR BAHRU – Usaha memperkukuh agenda pembangunan usahawan Bumiputera di Johor terus diperkasa apabila Dewan Teraju Usahawan Bumiputera Negeri Johor (Dewan TERAJU) mengadakan sesi ramah mesra dan diskusi strategik bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Sesi berkenaan yang dipimpin Presiden Dewan TERAJU, Datuk Ismail Karim turut menjadi medan memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan organisasi usahawan negeri dalam merangka pendekatan lebih progresif, inklusif dan mampan demi memperkasakan ekosistem keusahawanan Bumiputera di Johor.

Iklan
Iklan

Naib Presiden 2 Wanita Dewan TERAJU, Nor Akmal Muhammad berkata, kehadiran kepimpinan baharu tersebut mencerminkan iltizam serta komitmen berterusan organisasi itu dalam memperkukuh peranan Dewan TERAJU sebagai platform utama pemerkasaan usahawan dan peniaga Bumiputera di Johor.

Menurut beliau, perbincangan yang berlangsung turut memberi penekanan terhadap usaha mempererat kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan organisasi usahawan negeri dalam merangka pendekatan lebih progresif, inklusif dan mampan bagi memperkasakan ekosistem keusahawanan Bumiputera.

Iklan

“Pelbagai pandangan, idea dan cadangan konstruktif diketengahkan sepanjang sesi diskusi tersebut bagi memastikan agenda pembangunan usahawan dapat dilaksanakan secara lebih efektif serta berimpak tinggi.

“Kita percaya sinergi erat antara pihak kementerian dan pemain industri usahawan negeri merupakan pemangkin penting dalam memperkukuh daya saing ekonomi Bumiputera selain membuka lebih banyak peluang pertumbuhan kepada usahawan tempatan selaras aspirasi Maju Johor 2030,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, Dewan TERAJU turut merakamkan penghargaan kepada Mohamad atas kesudian meluangkan masa mengadakan sesi diskusi bersama kepimpinan organisasi berkenaan.

“Pertemuan ini disifatkan sebagai satu platform strategik yang mampu memberikan nilai tambah signifikan kepada pelan tindakan dan hala tuju Dewan TERAJU pada masa akan datang,” ujarnya.