Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?
Iklan
Bayangkan apa agaknya berlaku jika kedua-duanya bebas bersuara begitu di tempat lain termasuk di negara kita? Gambar hiasan
JIANG Xueqin bukanlah seorang profesor, walaupun di saluran YouTube beliau menggelar dirinya profesor. Tetapi namanya sangat popular kerana banyak analisa dan ramalan perang Amerika Syarikat (AS) dan Iran sepertinya mengena.
Walaupun bukan profesor dan hanya seorang guru, tidak ada pula mengecamnya menggunakan gelaran palsu. Malah, kata-katanya mungkin lebih dipercayai daripada ahli sejarawan lain.