Sah Kelantan pun tiada bazar Ramadan
Iklan
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan bahawa tiada bazar Ramadan di negeri ini akan beroperasi pada tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu diambil bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan juga selari dengan ketetapan di peringkat Pusat.