ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya empat maut dan 20 lagi cedera selepas bas yang membawa rombongan perkahwinan terjunam ke dalam gaung di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Ahad, kata pegawai penyelamat, lapor Xinhua.
Nahas berlaku di daerah Shikarpur selepas bas itu dilaporkan mengalami tayar pecah dan terbabas dari jalan raya, kata jurucakap Penyelamat 1122 Sindh.