Ronaldinho dibenar ikat jamin, jalani tahanan di rumah

Iklan
Hakim sebuah mahkamah di Paraguay membenarkan permohonan bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho untuk menjalani tahanan di rumah

ASUNCION - Hakim sebuah mahkamah di Paraguay membenarkan permohonan bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho untuk menjalani tahanan di rumah, kata pendakwa pada Selasa.

Menurut agensi berita Xinhua, Ronaldinho dan abangnya Roberto Assis ditahan di penjara di Asuncion sejak 6 Mac lalu kerana menggunakan pasport palsu.

Iklan
Iklan

Dua beradik itu akan dipindahkan ke sebuah hotel di Asuncion selepas bersetuju membayar wang jaminan berjumlah AS$1.6 juta.

Sebelum ini, hakim telah menolak tiga permohonan untuk ikat jamin.

Iklan

Mereka akan menginap di Hotel Palmaroga sementara menunggu pihak berkuasa menyiasat kes itu, lapor Brazil Globo Esporte.

Ronaldinho dan Assis pergi ke Paraguay pada 4 Mac untuk menyertai acara kebajikan kanak-kanak dan mempromosi buku baharu.

Iklan

Pasangan itu kemudiannya ditahan apabila pihak berkuasa menyedari mereka memasuki negara itu menggunakan pasport palsu.

Mereka menafikan sebarang salah laku dan berkata, mereka diberikan dokumen perjalanan itu sebagai hadiah ketika di lapangan terbang antarabangsa Asuncion.

Ronaldinho bersara daripada dunia bola sepak pada 2018 selepas menempa nama sebagai pemain bola sepak handal di beberapa kelab terkemuka dunia antaranya Gremio, Paris Saint-Germain, Barcelona, Milan dan Atletico Mineiro. - Bernama