[VIDEO] 'Saya rasa saya kuat tapi...'

Iklan
Fazley menangis dan gembira bertemu ahli keluarga selepas tamat kuarantin. - Foto Instagram Fazley

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob tidak dapat menahan sebak kerana akhirnya dapat memeluk anak dan isterinya setelah tamat tempoh kuarantin bagi mengekang wabak koronavirus (Covid-19).

Fazley, 42, dikuarantin setelah pulang dari Singapura pada 23 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, selama 30 hari tanpa anak-anak dan isteri serta keluarga adalah satu penyeksaan jiwa.

"Terpisah kerana kerja dan #selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan.

Iklan

"Saya rasa saya kuat tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati luluh, air mata mengalir tanpa henti. Rindu yang amat sangat!." luahnya di Instagram miliknya semalam.

Menerusi rakaman video itu, isterinya, Datin Azrene Soraya bersama empat anaknya turut menangis sebaik memeluk Fazley.

Iklan

Sebelum ini, Fazley berada di Singapura selama tiga minggu atas urusan kerja.

Namun demi keselamatan keluarga beliau terpaksa kuarantin diri sendiri setelah pulang selama dua minggu biarpun tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.