PN ucap tahniah kepada Vijay, sifatkan kemenangan bukti rakyat tolak politik diskriminasi
Iklan
Takiyuddin
SHAH ALAM – Kemenangan C. Joseph Vijay dan partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan mencerminkan keyakinan rakyat terhadap agenda reformasi dan penolakan terhadap politik bersifat diskriminasi serta memecahbelahkan masyarakat.
Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Vijay atas kejayaan itu dan pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kemenangan tersebut turut menggambarkan sokongan rakyat terhadap visi kepimpinan yang menekankan keadilan, keharmonian sosial, pemerkasaan belia dan pemodenan.
"Sebagai bekas pelakon yang lebih dikenali sebagai Thalapathy Vijay, beliau amat dikagumi di Malaysia khususnya dalam kalangan belia India atas pencapaian seni, imej kemanusiaan dan kepimpinan awamnya.
Iklan
"Kebangkitan politik beliau juga diikuti dengan penuh minat dan keterujaan oleh ramai pihak, terutama mengambil kira hubungan sejarah, budaya dan bahasa yang sekian lama terjalin antara Tamil Nadu dan masyarakat India di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu selepas partinya memperoleh sokongan majoriti.
Iklan
Takiyuddin menambah, PN berharap Vijay berjaya memimpin Tamil Nadu ke arah kemajuan, kestabilan dan kemakmuran yang lebih besar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>