Dihimpit antara dua mayat rakan
Iklan
Segala perkembangan hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar berada di lokasi.
DALAM siri kedua sebelum ini, saya berkongsi pengalaman berada di lokasi tragedi tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Hulu Langat pada 21 Mei 2011.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, seramai 16 mangsa terkorban selepas tanah dari lereng bukit di belakang madrasah runtuh dan menimbus pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan nasyid di bahagian belakang bangunan.