Mi segera antara punca krisis nutrisi
Iklan
Terdapat peningkatan pengambilan makanan ruji yang murah dan mudah disediakan seperti mi segera. Gambar hiasan
SHAH ALAM – Jurang sosioekonomi keluarga dikenal pasti antara faktor utama yang mempengaruhi kualiti pemakanan kanak-kanak sehingga menyumbang kepada fenomena ‘beban berganda malpemakanan’ yang semakin membimbangkan di negara ini.
Profesor Pemakanan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Poh Bee Koon berkata, majoriti kanak-kanak di Malaysia masih gagal mencapai tahap Kepelbagaian Diet Minimum (MDD) dan Diet Minimum yang Boleh Diterima (MAD), khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah serta penduduk luar bandar.