ADUN dilantik: Bazir atau tambah baik?
Iklan
Johor menjadi negeri keempat selepas Sabah, Terengganu dan Pahang yang mempunyai ADUN dilantik di samping ADUN dipilih.
JOHOR telah meminda perlembagaan negerinya pada Khamis lepas untuk mewujudkan lima jawatan ‘Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik’.
Ini menjadikan Johor negeri keempat selepas Sabah, Terengganu dan Pahang yang mempunyai ADUN dilantik di samping ADUN dipilih.