SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjong dilanda banjir kilat
Iklan
Seramai 73 pelajar SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjong, Simpang Ampat terjejas selepas kawasan sekolah berkenaan dinaiki air susulan hujan lebat, lewat petang tadi.- Foto: JBPM
NIBONG TEBAL - Seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maahadul Islami Tasek Junjong, Simpang Ampat, di sini, terjejas selepas kawasan sekolah berkenaan dinaiki air susulan hujan lebat, lewat petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.48 malam.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kejadian berpunca daripada hujan lebat yang menyebabkan paras sungai meningkat sehingga mengakibatkan banjir kilat di kawasan sekolah berkenaan dengan paras air dianggarkan setinggi 0.3 meter.
"Keadaan didapati terkawal dan air surut sepenuhnya pada 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Iklan
John berkata semua pelajar terbabit terdiri daripada 39 perempuan dan 34 lelaki yang menetap di asrama sekolah serta berada dalam keadaan selamat.
Katanya pihak sekolah turut menghubungi keluarga masing-masing bagi membolehkan pelajar berkenaan dibawa pulang. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>