Insiden tertembak: Tan Lek Khang sudah sedar, masih lemah

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor tertembak di dada

JOHOR BAHRU - Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang yang cedera parah dipercayai selepas tertembak diri sendiri di bahagian dada pada 28 April lepas, sudah sedarkan diri semalam.

Perkara itu disahkan rakan beliau yang juga bekas ketua penerangan sayap parti itu, Peter Khoo Kong Ek ketika dihubungi Bernama.

Iklan
Iklan

"Beliau sudah sedarkan diri tetapi masih lemah… sudah boleh bercakap sedikit,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Lek Khang yang masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini mungkin perlu menjalani satu lagi pembedahan susulan.

Iklan

Lek Khang yang juga ahli perniagaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan peluru.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahman Arsad berkata, Lek Khang dipercayai tertembak diri sendiri ketika mengosongkan peluru daripada pistol miliknya selepas sesi latihan menembak di Lapangan Sasar Ladang Rem di Kota Tinggi.

Iklan

Lek Khang mempunyai lesen senjata api yang sah sejak 2022 untuk tujuan keselamatan diri serta sukan menembak.

Sembilan saksi yang berada di lokasi kejadian juga telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan, termasuk lima pengawal peribadi, anak tiri mangsa berusia 19 tahun, jurulatih serta dua rakan mangsa. - Bernama