PASIR PUTEH - Dua lelaki direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.