UMNO@80: Dari puncak ke kebangkitan baharu
Iklan
Nama UMNO akan terus hidup bukan kerana nostalgia tapi kerana perjuangannya lagi segar dari namanya sendiri.
UMNO menyambut ulang tahun ke-80 dalam suasana yang jauh berbeza daripada era kegemilangannya dahulu.
Ditubuhkan pada 1946 sebagai wadah perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, UMNO pernah menjadi tulang belakang pembinaan negara bangsa; memimpin rundingan kemerdekaan, membentuk institusi dan memastikan kestabilan politik pasca-1957.