Kewartawanan tonggak demokrasi jika...
Iklan
Berdasarkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan RSF 2026, kewartawanan Malaysia sebenarnya masih jauh untuk memainkan peranannya sebagai tonggak demokrasi.
SEWAKTU merasmikan Forum Media Hari Wartawan Malaysia (HAWANA) 2026 di ibu negara minggu lalu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan semula peranan mulia kewartawanan sebagai tonggak demokrasi.
Tentulah kewartawanan dimaksudkan merujuk keupayaan wartawan, baik secara individu atau kolektif untuk memilih, menerbit dan menyebarkan berita demi kepentingan awam, bebas campur tangan politik, ekonomi dan sosial serta ketiadaan ancaman terhadap keselamatan dan fizikal.