Dilema babi di Selangor
Iklan
Penternakan babi di Selangor dikenal pasti sebagai salah satu elemen penting dalam pencemaran sumber air bersih dan udara segar.
TITAH Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar semua pihak meletakkan titik noktah dalam isu penternakan babi di Selangor pastinya bertujuan menjaga keharmonian penduduk negeri ini dan mengelakkan ia terus menjadi kontroversi agama serta kaum.
Tuanku sendiri telah beberapa kali mengisyaratkan hasrat Baginda mahu Selangor bebas daripada aktiviti penternakan babi. Pendirian itu wajar difahami dalam konteks yang betul.