Pemuda UMNO usul tarik balik subsidi petrol T20
Iklan
Pemuda UMNO akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan T20 ke mesyuarat MKT parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rimbun 2.0.
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi (T20) ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0).
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah rasionalisasi dan subsidi bersasar itu penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat ketika ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, subsidi yang dinikmati golongan berpendapatan tinggi tidak memberi kesan besar kepada mereka berbanding manfaat yang boleh dirasai kumpulan berpendapatan rendah.
“Jadi, lebih elok subsidi untuk golongan T20 ditarik balik dan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) serta golongan pertengahan (M40). Sebab kalau 200 liter kita belanjakan sekitar RM200 hingga RM400, jumlah itu tidak begitu dirasai oleh golongan T20.
Iklan
“Tetapi, RM200 hingga RM400 itu sangat memberi kesan kepada golongan B40 dan M40,” katanya dalam sidang akhbar selepas Rimbun 2.0 anjuran sayap itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memaklumkan, Rimbun 2.0 turut mencadangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar tiga peratus.
Iklan
Katanya, cadangan itu berdasarkan pandangan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang menyatakan negara berpotensi meraih lebihan hampir RM100 bilion sekiranya GST diteruskan sejak 2018.
Menurutnya, cadangan berkenaan juga antara 25 resolusi yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik dan MKT UMNO pada Isnin ini sebelum dicadangkan kepada kerajaan sebagai antara dasar ekonomi negara.
Ketika mengulas kemungkinan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Muhamad Akmal berkata, parti itu mempunyai rekod pentadbiran yang baik di Johor dan Melaka yang boleh dijadikan bukti kemampuan mentadbir negara semula.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>