KULIM - Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila berjaya menanam sebanyak 700 pokok Tabebuia Pentaphylla atau Tekoma dalam masa satu minit.
Penanaman pokok itu membabitkan 480 peserta termasuk warga MPKK, ahli majlis serta rakan strategik MPKK, bersempena dengan Program Jom Tanam Pokok: '1 Warga MPKK 1 Pokok' di kawasan lapang Kulim Hi-Tech Fasa 4A, dekat sini pagi tadi.