Bomba tonggak penyelamatan negara

Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan persembahan pada Karnival Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan hari ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Karnival Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 dengan tema"Bomba Tonggak Penyelamatan Negara" telah diadakan di Plaza Angsana, di sini hari ini.

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 yang berkonsepkan karnival selama dua hari itu diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 tahun penyatuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Iklan
Iklan

Acara turut diserikan dengan pertunjukan kawad kaki Detasmen Statik melibatkan 550 peserta serta 50 jentera dan kenderaan bomba, termasuk beberapa koleksi kenderaan dan jentera bomba milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. - Bernama