Mangsa scam lolos guna tahi lembu elak dikesan anjing

Iklan
Yang ketika berkongsi kisah berkenaan. Foto South China Morning Post

CHINA - Seorang lelaki warga China dilaporkan berjaya meloloskan diri dari pusat operasi scam di Myanmar selepas melumurkan tahi lembu di badan bagi mengelak dikesan anjing pengesan.

Menurut South China Morning Post, lelaki dikenali sebagai Yang Lei yang merupakan pemandu pelancong berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada pertengahan Mac selepas mengetuai sekumpulan 10 individu mendaki berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.

Iklan
Iklan

Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan dipercayai diperdaya sindiket sebelum dibawa ke sebuah pusat penipuan di Myanmar.

Difahamkan, kesemua 11 mangsa terbabit dijual kepada pusat penipuan itu pada harga 20,000 Tether (USDT) setiap seorang, bersamaan kira-kira S$25,400 (sekitar RM84,000).

Iklan

Sepanjang berada di pusat berkenaan, Yang mendakwa menjadi mangsa penderaan fizikal sebelum merancang untuk melarikan diri.

Pada 17 Mac, dia mengambil kesempatan meloloskan diri pada waktu malam dengan memanjat tembok pusat berkenaan menggunakan kemahiran ketenteraan yang dimilikinya.

Iklan

Kehilangannya disedari tidak lama kemudian sebelum sindiket terbabit menghantar anjing pengesan untuk menjejakinya.

Bagi mengelak dikesan, Yang bertindak menyapu tahi lembu pada badannya untuk menyamarkan bau.

Taktik itu berjaya membolehkannya melepasi kawasan pencarian sebelum menuju ke sempadan dan mendapatkan perlindungan di kedutaan China.

Kisah pelarian dramatik itu mengundang perhatian ramai di media sosial dengan ramai menyifatkan latihan ketenteraannya sebagai faktor utama yang menyelamatkan nyawanya.