Larikan berbilion keluar negeri?
SEBETULNYA Awang tabik hormat pada orang macam Datuk Seri Farhash Wafa Salvador. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya pada usia sangat muda, baru 44 tahun. Beliau sudah cipta nama dalam pelbagai bidang niaga dan control sekian banyak syarikat. Beliau jadi salah satu nama yang dikaitkan dengan kontroversi syarikat yang dikatakan terbabit dalam penyediaan pasport Malaysia dan MyKad, NexG Holdings.
Agaknya ahli perniagaan berjaya banyak musuh. Maklumlah sesetengah orang Melayu ada perangai ‘PhD’ atau penyakit hasad dengki. Jadi bila orang buat nama dan duit banyaklah yang dengki dan cemburu. Lagipun beliau ini bekas Setiausaha Politik PMX. Tentulah ada kabel besar kata orang. Banyaklah yang bertanya dari mana beliau dapat wang banyak terbabit itu dan ini.