UMNO nak pergi solo?
Iklan
UMNO mungkin salah baca sentimen rakyat. Gambar hiasan
BANYAKLAH orang yang senyum sumbing bila ada pemimpin UMNO yang kata parti itu akan pergi solo pada PRU16. Begitu kuatkah UMNO sekarang? Atau UMNO masih lagi hidup dengan bayang-bayang masa lalu? Kemenangan UMNO dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) bukan ukuran kekuatan UMNO, kata orang. Gegak gempita teriakan orang UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur adalah suara 1,400 orang perwakilan, bukan suara 12 juta pengundi Melayu.
Apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan masih tak sokong Menteri Besar, jelaslah bahawa UMNO rasa mereka dah pulih seperti biasa.