Pasangan kekasih larikan haiwan eksotik dari zoo

Iklan
Zoo persendirian tersebut turut mempamerkan beberapa spesies haiwan eksotik yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. - Foto Agensi

BANGKOK - Pihak berkuasa berjaya memberkas pasangan kekasih yang mencuri dua ekor reptilia eksotik dari sebuah zoo persendirian di Thailand.

Haiwan yang dilarikan mereka ialah spesies jarang ditemui, cicak buaya cina dan salamander harimau.

Iklan
Iklan

Kejadian itu berlaku di Zoo Pata yang terletak di tingkat enam dan tujuh gedung beli-belah Pata Pinklao di daerah Bang Phat di ibu kota pada awal bulan lalu

Lakaran wajah kedua-dua suspek berusia 25 dan 35 tahun yang tular di Facebook telah membawa kepada penahanan mereka.

Iklan

Serbuan ke atas bilik mereka turut menemukan haiwan eksotik lain yang dipercayai dicuri di tempat lain.

Siasatan awal polis mendapati pasangan tersebut merancang mahu menjual kesemua haiwan tersebut untuk membeli dadah.

Iklan

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pasangan itu dengan selamba membuka kurungan haiwan tersebut dan memasukkannya ke dalam beg galas sebelum dibawa keluar dari zoo berkenaan. - Agensi