CEBU - Malaysia memainkan peranan menggilap semangat ASEAN khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pada sidang tersebut, selain menjulang sikap dan prinsip yang selari dengan norma dan undang-undang antarabangsa, Malaysia juga telah memperluas serta mencipta jaringan perdagangan, merancak pelaburan, memperkasakan liputan dan fungsi digital serta keterjaminan makanan.