Tuntut hutang baiki paip punca remaja dikelar
Iklan
Seorang remaja perempuan dikelar sehingga parah di bahagian leher dalam kejadian di Kampung Tuntuluk Nosoob, pada tengah hari Khamis.
PENAMPANG - Tuntutan hutang dan kata-kata kasar dipercayai menjadi punca seorang remaja perempuan dikelar sehingga parah di bahagian leher dalam kejadian di Kampung Tuntuluk Nosoob, pada tengah hari Khamis.
Perkara itu didedahkan selepas tangkapan berjaya dibuat membabitkan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes tersebut.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata, suspek berusia 29 itu berjaya ditahan di kawasan semak tepi jalan Pekan Kinarut Lama Papar, pada kira-kira jam 5.50 petang hari yang sama.
"Siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa berada di rumah bersama anak saudaranya kerana membantu menjaga kanak-kanak lelaki tersebut ketika kakak iparnya keluar bekerja.
Iklan
"Hasil soal siasat awal mendapati suspek datang ke rumah mangsa untuk berjumpa dengan kakak iparnya bagi menuntut baki hutang kerja membaiki paip rumah.
"Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memegang pisau kerana sedang menyiapkan masakan di dapur.
Iklan
"Suspek mendakwa mangsa telah mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menyebabkan dia berasa marah lalu bertindak merampas pisau tersebut sebelum mengelar leher mangsa lalu menolaknya ke tandas," katanya dalam kenyataan.
Sammy berkata, susulan kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan leher.
"Selepas kejadian, suspek melarikan diri dari lokasi kejadian dan pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah bersama pegawai penyiasat telah menjalankan siasatan lanjut dan pemeriksaan di tempat kejadian.
"Mangsa kemudian di bawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut dan pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa dalam keadaan stabil namun mengalami beberapa kecederaan serius iaitu luka kelar di bahagian leher dan luka tetakan di bahagian kiri kepala," katanya.
Katanya lagi, bertindak atas maklumat juga pihaknya berjaya menahan suspek selepas lebih lima jam kejadian tersebut.
"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang telah berjaya menahan suspek dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
"Hasil semakan mendapati suspek warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine.
"Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.
Dalam pada itu, Sammy turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita palsu yang boleh menyebabkan kegusaran awam serta menganggu siasatan polis.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.