Remaja membesar tanpa ruang bicara?
Iklan
Ramai remaja memilih untuk menyimpan rasa daripada berkongsi dengan ibu bapa dan lebih mudah meluahkan kepada rakan sebaya yang dirasakan 'faham bahasa mereka'. - Gambar hiasan
DI rumah, diamnya seperti air tenang. Di luar, gelaknya paling kuat dalam kumpulan. Begitulah realiti ramai remaja hari ini sama ada lelaki mahupun perempuan yang membesar dalam dua dunia berbeza.
Satu dunia yang penuh aturan dan jangkaan, satu lagi dunia yang memberi ruang untuk menjadi diri sendiri. Persoalannya, kenapa jurang ini semakin melebar?