Menjadikan dasar sosial lebih bermakna
Iklan
Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026–2030 dilihat sebagai langkah penting memperkukuh pelaksanaan dasar sosial Malaysia dengan pendekatan lebih bersepadu. - Gambar hiasan
PELUNCURAN Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026–2030 pada hari ini bukan sekadar satu lagi dokumen dasar. Ia adalah satu pengakuan jujur bahawa selama ini, Malaysia mempunyai dasar sosial yang baik di atas kertas tetapi belum cukup kuat dari segi pelaksanaan dan impak.
Selama lebih dua dekad sejak Dasar Sosial Negara diperkenalkan pada 2003, pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan. Namun, ketiadaan pelan tindakan yang menyeluruh serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jelas telah menyebabkan usaha-usaha ini sukar dinilai secara objektif. Lebih membimbangkan, pendekatan yang tidak bersepadu telah mengehadkan keupayaan negara untuk benar-benar menangani isu sosial secara sistemik.