Guan Eng jangan jadi batu api - Wan Rosdy
Iklan
Wan Rosdy
KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, kenyataan sedemikian tidak membantu, malah boleh mengeruhkan keadaan ketika pimpinan BN dan Pakatan Harapan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul kebelakangan ini.
Iklan
Iklan
"Saya ingin mengingatkan Lim Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar.
"Jika beliau mempunyai pandangan negatif terhadap parti ini, beliau perlu memahami bahawa ramai dalam UMNO dan BN mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menegaskan bahawa demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat, semua pihak perlu bertindak secara matang dan profesional.
Jelasnya, sebagai pemimpin senior, menjadi tanggungjawab untuk menyatukan dan memperkukuh Kerajaan Perpaduan.
Iklan
"Bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.
"Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian, bukan pertelingkahan politik yang berpanjangan," katanya.
Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan kenyataan daripada Ahli Parlimen Bagan itu yang menyifatkan UMNO dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan serta menggesa rakyat untuk menolak mereka pada pilihan raya akan datang.
Merujuk percubaan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menggulingkan Menteri Besar, Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata bahawa ia membuktikan gabungan tersebut sanggup mengetepikan kepentingan nasional demi manfaat politik peribadi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>