Individu dikuarantin sengaja keluar hotel akan ditahan: KPN
Iklan
KUALA LUMPUR - Individu yang baru pulang dari luar negara dan diarah menjalani kuarantin di hotel tersenarai oleh kerajaan akan ditahan sekiranya mereka dengan sengaja bergerak bebas keluar daripada tempat kuarantin masing-masing itu.
Ketika memberi peringatan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan, dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.