Dua ADUN berkecuali: Isyarat 'kingmaker' atau taktik bubar DUN?
Iklan
Krisis Negeri Sembilan kini berada di ambang kebuntuan.
KRISIS politik Negeri Sembilan kini memasuki fasa yang lebih kompleks apabila tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memilih untuk berkecuali bukan sekadar mengganggu kiraan angka, tetapi mengubah keseluruhan logik percaturan kuasa.
Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan yang mempunyai lima ADUN termasuk tiga ADUN Pas menawarkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri.