Kedudukan Mubarak perlu diperjelas sebelum pelantikan baharu – Rais
Iklan
Dr Rais - FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
SHAH ALAM - Kedudukan Undang Luak Sungei Ujong sebelum ini, Datuk Mubarak Dohak perlu diperjelaskan terlebih dahulu sebelum pelantikan baharu boleh dianggap sah.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berkata, sehingga kini status Mubarak sama ada telah dipecat secara sah atau kesnya masih tergantung, belum diumumkan secara rasmi mengikut peruntukan undang-undang serta adat yang berkuat kuasa.