Orang meninggal jadi Sasterawan Negara?
Iklan
Mana Sikana dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-16, sekali gus dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara.
AWANG bukan orang sastera. Tapi setahu Awang prinsip yang diguna pakai dalam pemilihan Tokoh Sasterawan Negara adalah anugerah itu tidak boleh diberikan kepada mereka yang sudah meninggal.
Itulah sebabnya banyak sasterawan besar yang terlepas dari diberikan anugerah itu termasuklah Tan Sri A Samad Ismail, Pak Sako dan ramai lagi.