PeSAWAH hargai inisiatif RM200 sehektar, tapi syor fleet card lebih berkesan
Iklan
Pesawah juga berdepan kenaikan harga input lain yang terus menekan margin keuntungan. - Gambar hiasan
ALOR SETAR - Pemberian fleet card diesel bersubsidi disifatkan sebagai langkah lebih berkesan bagi membantu pesawah berdepan peningkatan kos operasi ketika ini.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, walaupun pihaknya menghargai inisiatif kerajaan menyalurkan wang pendahuluan RM200 sehektar, jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung kos sebenar ditanggung pesawah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kos penggunaan diesel bagi aktiviti penanaman padi kini mencecah sekitar RM700 sehektar, sekali gus menjadikan bantuan itu hanya mampu menampung sebahagian kecil perbelanjaan.
“Penggunaan bahan api merangkumi kira-kira 80 peratus kos operasi tanaman padi, jadi apabila harga diesel meningkat, keseluruhan kos turut terkesan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Tambahnya, selain kos diesel, pesawah turut berdepan kenaikan harga input lain termasuk baja, pembajakan dan penuaian yang terus menekan margin keuntungan.
Justeru, katanya, pemberian kemudahan fleet card diesel bersubsidi kepada pengusaha traktor dilihat langkah lebih berkesan mengawal kos operasi.
Iklan
“Jika fleet card diberikan, pengusaha boleh mendapatkan diesel pada harga subsidi dan ia secara langsung membantu mengurangkan beban kos.
“Bantuan tunai seperti RM200 hanya mampu mengurangkan sedikit beban tetapi tidak menyelesaikan punca utama kenaikan kos,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>