SEOUL - Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Lee Hong-koo, seorang sarjana yang menjadi ahli politik dan berperanan penting dalam bidang akademik serta kerajaan, meninggal dunia pada Selasa pada usia 92 tahun.
Beliau mendapat pendidikan di Seoul National University, Emory University dan Yale University. Lee dikenali sebagai ahli sains politik yang dihormati semasa berkhidmat sebagai profesor di Seoul National University pada 1970-an dan 1980-an.