MAKKAH – Penerbangan KT051 yang sebelum ini mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman dijadualkan berlepas ke Jeddah pada 6 Mei ini, jam 3 pagi waktu Oman dengan menggunakan pesawat alternatif.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan tersebut dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada jam 5.10 pagi waktu Arab Saudi pada hari sama.