Dua suspek kes curi barang kemas berjaya dicekup
Iklan
Laporan kejadian yang pernah disiarkan Sinar Harian pada 29 April lalu.
TEMERLOH - Dua lelaki ditahan disyaki terlibat kes larikan barang kemas dari sebuah kedai emas di di Jalan Ahmad Shah di sini, 27 April lalu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek bekerja sebagai juruteknik barang elektrik dan buruh itu ditahan berasingan di Arau, Perlis dan Kuantan pada Ahad.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan suspek berusia 46 tahun (juruteknik elektrik) pada 11.50 pagi di sebuah rumah di Kampung Padang Siding, Arau, Perlis.
"Suspek kedua ditahan kira-kira jam 10.45 malam hari sama di kawasan Perumahan Makmur Hijrah Jaya 4, Kuantan.
Iklan
"Hasil siasat awal mendapati suspek pertama mengaku mencuri manakala suspek kedua berperanan sebagai pemandu kereta semasa kejadian," katanya.
Mohd Nasyim berkata, suspek turut mengaku telah menjual barangan kemas yang dicuri.
Iklan
"Kedua-dua suspek yang memiliki rekod lampau berkait jenayah dan dadah itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Dalam kejadian 1.20 tengah hari 27 April lalu, salah seorang suspek memperdaya pemilik kedai emas dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan seutas rantai tangan anggaran berat lebih lapan gram bernilai kira-kira RM5,000.
Kejadian itu tular selepas rakaman video litar tertutup (CCTV) di lokasi dimuat naik dan di kongsi di media sosial.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>