DAK di Osaka: Konservasi atau penjara simen?
Iklan
Kembalikan Dara, Amoi dan Kelat ke pangkuan tropika sebelum semuanya terlambat.
KITA baru sahaja menyaksikan keberangkatan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi, dan Kelat (DAK), ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.
Langkah ini dijelaskan sebagai sebahagian daripada usaha konservasi spesies. Namun bagi saya, berita ini membawa rasa kelat yang sukar ditelan, sekelat nama gajah jantan yang dihantar itu.