‘Pakej semasa bawah RM10,000 satu penipuan’
Iklan
Badal haji hanya boleh dilakukan oleh seorang wakil untuk satu nama dalam satu musim haji.
SHAH ALAM - Ibadah badal haji hanya boleh dilaksanakan untuk satu individu dalam satu musim haji, sekali gus menolak dakwaan seorang wakil boleh menunaikan badal haji untuk beberapa nama serentak dalam tempoh sama.
Penceramah bebas, Abdullah Khairi, berdasarkan pengalamannya memaklumkan, menguruskan badal haji juga bukan mudah terutamanya mencari wakil yang benar-benar layak.