NEW YORK - Sebuah pesawat United Airlines yang membawa 231 penumpang dan kru terselamat daripada bencana besar pada Ahad ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty.
Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan Boeing 767 itu mendarat dengan selamat selepas tiba dari Venice, Itali.