BATU GAJAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan di Batu 7, Jalan Tanjung Tualang di sini awal pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, mangsa, Shah Rin Busu, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.