Uji stamina peserta

Iklan

AKSI para peserta bersaing pada acara sukan lasak Round Island Kayak Challenge sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada Ahad.

Seramai 104 peserta melibatkan peserta dari dalam dan luar negara iaitu Brunei Darussalam, Singapura, Jepun dan Perancis.

Iklan
Iklan

Round Island Kayak Challenge - mengelilingi Pulau Labuan sejauh 51.2 kilometer (km), merupakan salah satu acara tumpuan utama LISC di mana para peserta memerlukan ketabahan dan keazaman yang luar biasa untuk bersaing meredah ombak dan keadaan cuaca panas. - Bernama

 

Iklan
Iklan