Bantuan kerajaan kurangkan impak untuk jangka pendek
Iklan
Belum berlaku perubahan atau kesan ketara terhadap rakyat walaupun keadaan ekonomi semasa dijangka memberi impak langsung kepada mereka. Gambar kecil: Profesor Dr Ahmed Razman
SHAH ALAM - Bantuan yang diumumkan kerajaan bagi menghadapi krisis global termasuk penstrukturan semula subsidi dan pelaksanaan kaedah kerja fleksibel seperti bekerja dari rumah mampu membantu mengurangkan impak negatif terhadap rakyat dalam jangka masa pendek.
Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, jika diperhatikan setakat ini, belum berlaku perubahan atau kesan ketara terhadap rakyat walaupun keadaan ekonomi semasa dijangka memberi impak langsung kepada mereka.