Berubahlah King Sing
Iklan
Tiong King Sing. Foto Bernama
SEJAK seminggu lalu, beberapa kontroversi serentak berpotensi meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam keadaan sukar menjelang 16 bulan terakhir pentadbirannya.
Di Negeri Sembilan, krisis berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan institusi adat merebak menjadi krisis politik. Ia ibarat retak menanti belah. Kedudukan Menteri Besar umpama telur di hujung tanduk, manakala perasmian Dewan Undangan Negeri pula dibayangi tindakan kesemua lima ketua adat utama yang memboikot majlis berkenaan.