Hormati yang 14, Madani bagaimana?
Iklan
Keratan laporan Sinar Harian mengenai krisis politik di Negeri Sembilan.
AWANG pelik juga dengan kenyataan Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid yang kata partinya hormati pendirian 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tak sokong Menteri Besar Negeri Sembilan.
Katanya mereka tiada niat jahat. Hairan juga, tindakan yang boleh menumbangkan kerajaan negeri tidak berniat jahat? Bukankah kerajaan NS ditubuhkan atas dasar kerjasama BN dan Pakatan Harapan?