Ribut petir, hujan lebat dijangka landa seluruh negara - MetMalaysia

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga 6 petang pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga 6 petang pada Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Iklan
Iklan

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

Selain itu, Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang; Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai).

Iklan

Di Sarawak, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Samarahan, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas). - Bernama

Iklan