Berdamai di gelanggang!
Iklan
Perasmian gelanggang skuasy baharu di Pusat Skuasy Kompleks Sukan Tan Sri Dato' Haji Mohd Said, Seremban 2 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 2023.
PADA Ahad, 19 April 2026, peruntukan perlembagaan berfungsi dengan baik dan satu peralihan kepimpinan telah berlaku. Pelbagai usul dibahaskan, namun akhirnya keputusan diterima oleh semua pihak. Berlaku pertukaran di pucuk pimpinan organisasi, apabila seorang sepupu berundur dan seorang lagi sepupu mengambil alih.
Saya sudah tentu merujuk kepada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Squash Negeri Sembilan (PSNS), di mana saya telah menamatkan empat penggal dua tahun sebagai Presiden.