Tok Mat jalan keluar krisis negeri
Iklan
Sistem pentadbiran moden dan pemerintahan adat di Negeri Sembilan melengkapi satu sama lain dan berbeza dengan negeri-negeri lain.
SHAH ALAM – Membawa pulang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dilihat sebagai langkah paling berkesan untuk meredakan kemelut politik melibatkan kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun ketika ini.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, pertukaran Menteri Besar perlu dilakukan memandangkan Undang Yang Empat serta 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah menolak Aminuddin untuk terus kekal menerajui pentadbiran negeri.