Festival muzik dan ekonomi
Iklan
Industri festival muzik berkembang dengan nilai mencecah berbilion dolar.
FESTIVAL muzik air Rain Rave menjadi topik hangat minggu ini apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan notis bantahan kerana penganjurannya dikatakan tidak mematuhi syarak Islam. Perdebatan ini membuka ruang kepada persoalan lebih besar tentang bagaimana Malaysia mengimbangi tuntutan agama, budaya dan pembangunan ekonomi.
Apa yang turut menjadi tumpuan ialah penglibatan Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai antara penganjur utama. Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing sendiri merasmikan acara tersebut dengan simbolik pancutan air, satu imej santai yang pantas menjadi bahan perbualan umum.